Apr 13, 2009

Hari semalam Khamis, Hari ini ahad

Hurm, post ini lewat sehari sebenarnya tetapi lantak ah. Tajuknya begitu kerana pada hari semalam, semua sekolah diwajibkan mengadakan sekolah ganti bagi menggantikan cuti hari raya puasa yang jatuh pada bulan september. Ganti awal2 senang sket katanya.

Mengapa aku suka sekolah ganti berbanding sekolah biasa?
1 - Dpt duit extra sehari. Yezza!
2 - Pelajar nakal memilih untuk ponteng. Alhamdulillah~
3 - Pelajar yang rajin masih dtg kesekolah dan mampu belajar dengan tenang tanpa gangguan.
4 - Sekolah tamat awal 40 minit.

Mengapa aku benci sekolah ganti berbanding sekolah biasa?
1 - Cuti mingguan tinggal sehari.
2 - Aku terpaksa kerja pagi, petang dan malam. Sekolah bersambung tuisyen.
3 - keje aku mengedit gambar tertangguh kerana kepenatan.
4 - aku kena gosok baju basah sbb tadek baju spare da.

Mengapa hari sabtu semalam istimewa?
1 - seorang guru sains tetiba bersalin sebelum masa - aku ganti kelas dia utk Tgkt 2 dan 3.
2 - kelas yang aku rasa tiada harapan khamis lepas menunjukkan potensi untuk sekurang-kurangnya lulus : kalau diberi peluang, tengah tahun punya peperiksaan, aku jangka mampu untuk meluluskan 5-10 orang didalam kelas itu.
3 - pelajar SPM telah datang ke kelas tuisyen dan menunjukkan minat untuk belajar.
4 - aku tahu bahawa budak-budak UPSR sgt tidak malu didenda dan perlukan sedikit "dorongan" untuk berdisiplin.
5 - aku tahu sesetengah pelajar menjadi nakal untuk menjaga hati rakan yang tidak mahu berkawan.
6 - aku tahu rabun merupakan salah satu faktor menyebab pelajar tidak tumpukan perhatian didalam kelas.

yeah! aku da semangat da untuk ajar pelajar tgkt 2 dan 3. tetapi tgkt 5 setakat ini belum lagi. tidak aku dapat positifkan pemikiran apabila mereka tidak mahu menyalin jawapan yang diberikan. Ibarat kalaulah kertas SPM dikepilkan bersama-sama jawapan skema, mereka masih belum mampu untuk mendapat apa-apa markah.

0 additional infos: